Tuesday 28 May 2013

PANTUN PERAWAT (SELAMAT HARI JURURAWAT)

Seputih baju sesuci hati,
Sebiru pakaian damai haluan,
Tampil berani tiada geli,
Tanganmu ikhlas hulur bantuan.

Diri yang sakit terasa sihat,
Melihat senyummu yang manis,
Tiada jemu setia merawat,
Walau dicemuh tidak terhiris.

Wahai perawat amanah tersemat,
Kerana engkau kami terubat,
Terima kasih atas nasihat,
Teruskan tugasmu dengan cermat.



No comments:

Post a Comment